Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan kepada Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan sahaja, untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti di dalam iklan.

BIL
JAWATAN
KLASIFIKASI
KUMPULAN
GRED
BIL. KEKOSONGAN
JADUAL GAJI
1
Pemandu Kenderaan
(Tetap / Kontrak)

Pekhidmatan Mahir Separuh Mahir & Tidak Mahir

( Jab. Khidmat Pengurusan)

Sokongan
R3
1
P1T1 RM701.42 – P1T17 RM1354.86
P2T1 RM743.89 – P2T17 RM1423.41
P3T1 RM787.99 – P3T17 RM1493.59

KELAYAKAN

1. NAMA JAWATAN : PEMANDU KENDERAAN GRED R3

SYARAT LANTIKAN


a) i) Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;

ii) Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];


iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
Gaji permulaan ialah pada Gred R3:

* Lesen D P1T3
* Lesen E/E1/E2 P1T4
* Lesen F/H P1T5
* Lesen G/I P1T6dan

b) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

c) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Awam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-


i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(a) (ii) dan (iii) di atas; dan

ii) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

 

CARA MEMOHON

(a) Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui portal MPM iaitu www.mpm.gov.my. Bantuan pengguna disediakan sebagai panduan mengisi borang perjawatan tersebut.
(b) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, sijil-sijil yang berkaitan, sijil-sijil persekolahan yang telah disahkan, sekeping gambar terbaru berukuran pasport.
(c) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran (saiz A4) 23sm x 11sm. Disudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis kesemua pilihan jawatan yang dipohon bersama no. kad pengenalan.
(d) Permohonan AKAN DITOLAK sekiranya;
i) tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;
ii) tidak lengkap atau tidak terang;
iii) tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam
iklan;
iv) tidak ditulis Nombor Kad Pengenalan;
v) tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang
berkhidmat;
vi) tidak ditandatangani;

HAD UMUR

Calon-calon bagi lantikan hendaklah tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan .


TARAF JAWATAN ADALAH BERTARAF KONTRAK


ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP

Permohonan hendaklah sampai kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
JALAN PINANG RAJA
32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN

Sebelum atau pada : 20HB. MAC 2012


CATATAN AM

(a) Calon-calon yang memohon lebih daripada satu jawatan hendaklah menggunakan borang yang sama.

(b) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

(c) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.